SPM Sejarah · 2025 · Johor · Percubaan Kertas 2 (Johor)
共 9 题 · 建议 150 分钟 · 做完交卷看评分与解析
- 1
Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
[Rajah 1: Pembesar Empat Lipatan — Sultan, X, Laksamana, Y dan Penghulu Bendahari]
(a)Nyatakan jawatan pembesar X dan Y.
[2 分](b)Jelaskan peranan Pembesar Empat Lipatan.
[4 分](c)Kepimpinan yang baik melahirkan pemerintahan yang stabil dan dihormati oleh rakyat. Beri penjelasan anda.
[4 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 2
Gambar berikut merupakan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955.
[Gambar: Anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu]
(a)Namakan dua pemimpin tempatan yang menganggotai kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[2 分](b)Senaraikan dua jawatan yang terdapat dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[2 分](c)Nyatakan dua peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[2 分](d)Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu menjadi simbol penyatuan kaum. Buktikan.
[4 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 3
Antara cabaran selepas pembentukan Malaysia ialah pemisahan Singapura dan peristiwa 13 Mei 1969.
(a)Mengapakah pemisahan Singapura tidak dapat dielakkan?
[3 分](b)Jelaskan faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
[3 分](c)Berdasarkan poster “Pelihara Keharmonian Kaum Demi Kesejahteraan Negara”, berikan cadangan untuk memupuk perpaduan kaum.
[4 分]
此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 4
Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberikan peluang kepada rakyat berbilang bangsa menikmati kemakmuran dengan lebih adil dan saksama.
(a)Terangkan latar belakang Dasar Ekonomi Baru.
[2 分](b)Jelaskan langkah kerajaan untuk mencapai matlamat DEB.
[4 分](c)Maklumat berikut berkaitan kejayaan Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam usaha membasmi kemiskinan.
"IKS bukan sahaja menjana ekonomi negara, bahkan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia." (Sumber: Utusan Malaysia, 17 Februari 2010)
Beri ulasan anda.
[4 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 5
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 selepas mendapat perkenan Raja-raja Melayu.
(a)Terangkan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6 分](b(i))Jelaskan ciri pentadbiran Perjanjian PTM 1948.
[3 分](b(ii))Jelaskan ciri kewarganegaraan Perjanjian PTM 1948.
[3 分](c)Jelaskan mesej lagu “Permainya Bumi Malaysia” dan kepentingan mengekalkan keamanan untuk negara.
[8 分]
此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 6
Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London disertai wakil Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan untuk berunding dengan British.
(a)Jelaskan kronologi perjalanan rombongan kemerdekaan tersebut.
[6 分](b)Terangkan perkara yang dirundingkan dan disepakati antara British dengan perwakilan Tanah Melayu di London.
[6 分](c)Berdasarkan gambar setem kemerdekaan/perpaduan, jelaskan maklumat yang terkandung dan berikan pendapat anda.
[8 分]
此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 7
Malaysia ialah negara berdaulat yang menentukan hala tuju politik, ekonomi dan sosialnya sendiri.
(a)Jelaskan maksud kedaulatan.
[4 分](b)Terangkan kepentingan kedaulatan kepada Malaysia.
[8 分](c)Teliti petikan berikut.
"Sesungguhnya, memelihara kemakmuran negara merupakan tanggungjawab bersama demi memastikan kedaulatan tanah air sentiasa terpelihara. Justeru, perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat amatlah penting dan tidak boleh dikompromi. Seperti yang diungkapkan dalam pepatah Melayu 'serumpun bak serai, sesusun bak sirih.'" (Sumber: sinarharian.com.my, 15 Januari 2019)
Beri ulasan anda.
[8 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 8
Institusi Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-Raja menjadi asas identiti negara serta diberi tempat dalam Perlembagaan Persekutuan.
(a)Jelaskan peranan Majlis Raja-Raja di negara kita.
[4 分](b)Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
[8 分](c)Maklumat berikut berkaitan satu peristiwa bersejarah Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. [Gambar: peristiwa angkat sumpah — Sumber: Portal Rasmi Majlis Raja-Raja, majlisraja-raja.gov.my]
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan institusi beraja dan rakyat perlu dipertahankan? Bagaimanakah untuk mengekalkan hubungan ini?
[8 分]
此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 9
Selepas merdeka, dasar luar Malaysia berubah dan negara komited kepada pertubuhan serantau serta antarabangsa.
(a)Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
[4 分](b(i))Terangkan pelibatan Malaysia dalam ASEAN.
[4 分](b(ii))Terangkan pelibatan Malaysia dalam OIC.
[4 分](c)Baca petikan berikut.
"Malaysia dan China mempunyai hubungan erat sejak 1974, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Hubungan ini dijangka terus berkembang pada masa hadapan. Namun, isu Laut China Selatan khususnya Kepulauan Spratly menjadi cabaran utama kerana Malaysia dan China mempunyai tuntutan bertindih di kawasan tersebut. Tuntutan China membina struktur ketenteraan menimbulkan kebimbangan.
Malaysia perlu kekal tegas mempertahankan sempadan negara dan hak maritim. Pada masa yang sama, hubungan baik dengan China perlu dikekalkan secara diplomatik dan bukan menggunakan peperangan. Kerjasama ASEAN dan undang-undang antarabangsa perlu diutamakan untuk mengelakkan tercetusnya konflik terbuka.
Justeru, dasar luar Malaysia yang dinamik telah dilaksanakan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara serta bebas daripada campur tangan kuasa asing. Dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara membolehkan Malaysia dihormati dan dikenali oleh negara lain." (Sumber diubah suai: https://www.pmo.gov.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。