SPM 国文 · 2025 · Selangor · Percubaan Kertas 2 (Selangor)
共 9 题 · 做完交卷看评分与解析
- 1
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah]
- Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja tak transitif berimbuhan awalan Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja tak transitif berimbuhan awalan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa, kata ganda atau nama khas.
Sebagai sebuah negara yang bergerak ke arah sebuah negara maju, Malaysia amat menitikberatkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat. Bagi golongan belia, aktiviti kesukarelawanan menjadi kegiatan yang dapat mengembangkan potensi diri mereka. Mereka juga mampu mengakses jaringan peluang pekerjaan yang wujud di Malaysia apabila terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan. Bukan itu sahaja, aktiviti kesukarelawanan juga akan meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mereka ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Suburkan Semangat Kesukarelawanan dalam Kalangan Belia' oleh Amirah Syazwani Baderol Sham Dewan Siswa, Bil.5/2019
[8 markah]
- 2
- Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
Kesihatan mental sering kali dianggap remeh oleh masyarakat di negara kita. Sejak pandemik COVID-19 melanda pada hujung 2019, masalah kesihatan mental mula mendapat perhatian. Menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Malaysia peningkatan kes kesihatan mental. Kesihatan mental turut menjejaskan prestasi individu dan organisasi. Akan melakukan tindakan berisiko di luar kawalan mereka yang mengalami kesihatan mental. Pakar Perubatan Psikiatri, Hospital Cyberjaya, Dr. Aida Harlina Abdul Razak berkata, perlu dihapuskan stigma terhadap penyakit mental dalam kalangan masyarakat supaya penghidap kesihatan mental berani mendapatkan rawatan sewajarnya.
(Ayat bergaris: 'Menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Malaysia peningkatan kes kesihatan mental'; 'Akan melakukan tindakan berisiko di luar kawalan mereka yang mengalami kesihatan mental'; 'perlu dihapuskan stigma terhadap penyakit mental dalam kalangan masyarakat supaya penghidap kesihatan mental berani mendapatkan rawatan sewajarnya'.)
Dipetik dan diubah suai daripada 'Kesihatan Mental Bukan Perkara Remeh' Sinar Harian, 25 Disember 2023
[6 markah]
- 3
- Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1 (Lihat Bahan 1 pada gambar - infografik 'NOMOFOBIA'. Antara teks dalam infografik: 'Gunakan aplikasi kawalan masa untuk menghadkan masa penggunaan peranti apabila anda telah melebihi had masa penggunaan telefon.'; 'Gunakan mod senyap untuk mengelakkan gangguan daripada notisfikasi media sosial atau mesej.'; 'Sertailah aktiviti fizikal dan lain-lain aktiviti di luar agar dapat mengurangkan kebergantungan pada telefon dan meningkatkan kesihatan.'; 'Luangkan lebih banyak masa dengan keluarga dan rakan demi untuk memupuk kemesraan dan membina sokongan emosi yang kukuh.'; 'Cuba berehat dari skrin satu hari pada setiap minggu demi kesejahteraan mental dan meningkatkan tumpuan, kreativiti dan tidur yang lebih berkualiti.'; 'Dapatkan khidmat professional untuk mengatasi masalah ini secara berkesan.'; 'Sertai cabaran 24 jam tanpa skrin!')
[6 markah]
Bahan 2
Isu ketagihan peranti elektronik ini tidaklah sesuatu perkara yang baharu. Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, permainan video melebihi dua jam akan menyebabkan penglihatan remaja terancam. Selain itu, kegunaan peranti elektronik terlalu lama akan meninggalkan kesan pada tulang belakang dan meningkat risiko bongkok pada usia muda. Di samping itu, penggunaan peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan remaja dalam pelajaran atau tugasan yang guru berikan. Bukan itu sahaja, remaja akan menjadi lebih pendiam, tidak pro-aktif dan lemah dalam penguasaan bahasa.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Punca dan Kesan Ketagihan Peranti Elektronik' oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan Siswa, Jun 2018
[4 markah]

- 4
- Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, "Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!" Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Instanbul Kementerian Pendidikan Malaysia
[5 markah]
- 5
- Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Pada zaman penjajahan, semua penduduk bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Walaupun ada segelintir penduduk yang sanggup menjadi seperti gunting dalam lipatan, hal itu tidak melemahkan semangat pejuang negara yang berkobar-kobar. Mereka lebih rela berkorban demi negara daripada hidup sebagai hamba abdi di tanah air sendiri. Bagi mereka, prinsip genggam bara api biar sampai jadi arang harus menjadi pegangan dalam sesuatu perjuangan.
[6 markah]
- 6
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah]
- Baca Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kewujudan Internet telah memberikan impak yang luar biasa kepada pelaksanaan perniagaan, termasuklah produk kesihatan yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, terdapat sesetengah penjual yang tidak beretika apabila menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ingin mendapatkan keuntungan segera. Sebahagian produk ini juga didapati sengaja dicampurkan dengan ubat terkawal seperti sibutramine, sildenafil, tadalafil dan dexamethasone. Penggunaan produk yang tidak berdaftar akan menjejaskan kesihatan. Selain tindakan penguatkuasaan yang proaktif, inisiatif pencegahan turut dititikberatkan dalam usaha mengelakkan orang awam terperdaya dengan muslihat penjualan produk tidak berdaftar dalam talian. Pelbagai kempen telah dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menggunakan produk berdaftar. Kempen Tolak Ubat Tidak Sah merupakan salah satu usaha KKM untuk memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia kerana boleh mengancam keselamatan pengguna. Dipetik dan diubah suai daripada 'Waspada Penjualan Produk Kesihatan dalam Talian' oleh Mohamad Farhan Adi Kasuma Dewan Kosmik, Bil.1/2025
Bahan 2
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengelasan produk ubat dikategorikan di bawah farmaseutikal dan wajib didaftarkan melalui Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA). Namun, keghairahan orang awam membeli produk sebegini kadangkala sukar dibendung. Hal ini mendedahkan mereka kepada kesan sampingan yang tidak dijangka apabila makan produk ubat-ubatan tidak berdaftar. Penggunaan ubat tidak berdaftar ini turut memberikan kesan terhadap ekonomi dan penyelidikan farmaseutikal negara. Hakikatnya, kerajaan telah memperuntukkan dana penyelidikan yang tinggi untuk membangunkan sektor farmaseutikal bagi meningkatkan kesihatan rakyat. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak memilih produk ubat-ubatan kerana sebarang kesilapan boleh merosakkan organ dalaman. Dipetik dan diubah suai daripada 'Usah Terpengaruh Jualan Ubat, Produk Kesihatan dalam Talian' www.bharian.com.my
Bahan 3 (Lihat Bahan 3 pada gambar - foto ubat/pil dengan dua gelembung kata.) Gelembung kata 1: 'Elakkan daripada menjadi mangsa penjual ubat yang tidak bertanggungjawab dalam talian kerana akan mendedahkan pengguna kepada produk kesihatan yang dicampur racun terkawal.' Gelembung kata 2: 'Sentiasalah berhati-hati dan ambil langkah sewajarnya kerana pembelian ubatan secara dalam talian menyukarkan pengguna untuk meneliti produk kesihatan yang dicemari unsur logam berat seperti merkuri dan arsenik.'
(i)Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud inisiatif pencegahan.
[2 分](ii)Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 menjelaskan pelbagai kesan penggunaan produk kesihatan tidak berdaftar kepada orang awam.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[4 分](iii)Kebanyakan pengguna membeli produk kesihatan dalam media sosial kerana tertarik oleh testimoni dan harga murah tanpa menyemak sama ada produk itu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau tidak.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab perkara tersebut berlaku?
[3 分](iv)Kakak anda telah membeli beberapa produk kecantikan daripada media sosial. Anda mula berasa bimbang akan kesihatan dan keselamatannya selepas membaca artikel dalam Internet berkaitan dengan produk kecantikan tersebut yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri dan paraben.
Sebagai ahli keluarga yang prihatin, apakah tindakan anda untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kakak anda terjamin?
[4 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 7
- Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Impian untuk menjelajah Pulau Tasmania, sebuah negeri di Australia, akhirnya tercapai. Tasmania menjadi pilihan kerana alam semula jadinya yang indah dan masih dipertahankan oleh penduduk setempat. Tasmania dikenali sebagai "Negeri Semula Jadi" dan "Pulau Inspirasi" kerana mempunyai banyak taman serta Tapak Warisan Dunia yang mesti dilawati. Setiap satunya menawarkan keindahan dan keistimewaan yang tersendiri termasuk berpeluang untuk bertemu dengan mergastua Australia seperti kanggaru, wombat, dan walabi di habitat semula jadinya.
Untuk ke Tasmania, saya dan rakan-rakan mengambil penerbangan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Melbourne. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Hobart, iaitu ibu negeri Tasmania melalui penerbangan domestik. Di Hobart, kami menginap di rumah inap milik pasangan suami isteri Melayu yang telah bermastautin di Tasmania sejak sekian lama. Rumah inap tiga bilik di Tasmania yang lengkap dengan perabot dan peralatan memasak menyebabkan kami tidak terasa seperti berada di luar negara.
Dipetik daripada 'Menyusuri Pulau Inspirasi' Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2
Di Bawah Langit yang Sama
Di bawah langit yang sama Kita hirup udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirup udara Di bawah langit yang sama.
Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna Tiada bezanya.
Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama.
Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Lautan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesama kita – warga dunia Di bawah langitnya Yang sama.
Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam Di bawah langit ini Yang Sama.
Lim Swee Tin Antologi Dirgahayu Bahasaku
(i)Berdasarkan Bahan 2, apakah perkara yang ingin dilakukan oleh penyajak untuk menunjukkan bahawa semua manusia hidup bersatu di bawah langit yang sama?
[2 分](ii)Dengan merujuk semua bahan, nyatakan keistimewaan-keistimewaan tempat pelancongan tersebut.
[3 分](iii)Setiap pelancong perlu memahami dan menghormati budaya tempatan apabila melancong ke sesuatu tempat sama ada di dalam atau di luar negara.
Pada pendapat anda, mengapakah para pelancong perlu mempunyai sifat sedemikian semasa melancong?
[3 分](iv)Rosemary dan keluarganya akan melancong ke luar negara pada bulan hadapan. Walaupun berasa seronok, mereka agak risau kerana belum membuat apa-apa persediaan. Tambahan pula, ini ialah kali pertama mereka melancong ke luar negara.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan persediaan-persediaan yang boleh dilakukan oleh Rosemary agar percutian mereka berjalan lancar.
[4 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 8
- Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Hai Dahlia! Bagus datang!" luah Haji Sulaiman yang tercegat di pintu balai raya. "Anak dara yang lain, entah ke mana-mana!" "Apa yang patut saya tolong Pak Haji?" "Bawang besar tu bolehlah dikupas. Ada di bangsal." Dahlia menuju ke bangsal. Di atas para, terdapat empat longgokan beg plastik belum terusik. Dia membelek untuk memastikan kandungan di dalamnya. Ada bawang besar, bawang kecil, mentimun, dan kentang. "Yang lain ni pun perlu kupas juga ke, Pak Haji?" "Memanglah. Tapi dah siang macam ni, tak nampak batang hidung orang kampung. Huh, apa nak jadi dengan kampung kita? Pada malam nanti Kadi Batu Pahat akan menyampaikan ceramah. Entah ada orang datang entah tidak. Takutnya orang terperap di rumah menonton televisyen." Haji Sulaiman meluahkan kejengkelannya. Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas oleh Khairuddin Ayip Kementerian Pendidikan Malaysia
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman
(i)Apakah sikap penduduk kampung yang menjengkelkan Haji Sulaiman?
[4 分](ii)Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang boleh menimbulkan perasaan simpati pembaca.
[6 分]此为作答题,交卷后显示参考答案供自我核对。
- 9
BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah]
- Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.
Bahan 1
Pengurusan kewangan perlu diterapkan dalam diri remaja seawal usia empat tahun. Misalnya, pengurusan kewangan telah didedahkan kepada kanak-kanak di negara Barat sejak kecil lagi melalui aktiviti menjual makanan atau minuman bagi tujuan mengumpul wang. Secara tidak langsung, mereka dapat memahami bahawa wang merupakan alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu. Walau bagaimanapun sesetengah remaja tidak sedar tentang kepentingan pengurusan kewangan dan perkara ini menyebabkan mereka boros berbelanja. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, golongan muda kini diisytiharkan bankrap gara-gara berhutang. Hal ini sangat membimbangkan kerana jika golongan ini tidak diberi kesedaran awal tentang pengurusan kewangan, pasti mereka akan berdepan dengan implikasi buruk akibat gagal mengawal perbelanjaan secara berhemah.
Remaja yang bekerja seharusnya menyisihkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan. Tabiat ini jika diamalkan akan menjadi rutin dalam hidup. Kelemahan dalam merancang bajet peribadi boleh menjerumuskan remaja kepada masalah kewangan yang kronik. Keinginan untuk tidak ketinggalan dalam kumpulan sosial membuatkan mereka gagal merancang kewangan dengan bijak dan berbelanja melampaui had. Sebenarnya, remaja dapat mengurus kewangan dengan mudah apabila mereka merekodkan setiap perbelanjaan dengan menyimpan semua resit dan menulis jumlah perbelanjaan. Selain itu, remaja boleh mendapatkan nasihat dan bantuan ibu bapa untuk mengurus kewangan dengan bijak. Ibu bapa pasti akan membantu anak-anak apabila mereka menunjukkan kesungguhan untuk menyimpan wang.
Selain itu, remaja juga boleh membeli barangan yang menawarkan potongan harga. Secara tidak langsung, remaja dapat berjimat cermat ketika berbelanja. Remaja juga amat bertuah kerana banyak syarikat makanan, perkhidmatan dan barangan memberikan diskaun kepada pelajar. Kesempatan ini perlu digunakan oleh remaja sebaik-baiknya untuk membeli barangan yang dihajati dengan harga yang berpatutan. Hal ini bukan sahaja menjimatkan wang, malah baki wang pembelian tersebut dapat disimpan dalam tabung. Mengikut laporan Jabatan Statistik Malaysia menjelang tahun 2035, penduduk berusia 60 tahun merangkumi 15 peratus daripada penduduk negara. Oleh sebab itu, remaja perlu sediakan payung sebelum hujan dengan memiliki tabungan perubatan dan perlindungan agar mampu menampung kos rawatan kelak.
Dipetik dan diubah suai daripada Pengurusan Kewangan: Sentiasalah Beringat Demi Masa Hadapan oleh Yusaida Tusof Dewan Siswa, Bil.1/2020
Bahan 2
Berkat Menyimpan
Sering kali manusia alpa antara kehendak dan nafsu terperdaya oleh iklan yang menggoda sehingga lupa poket yang kosong.
Jalan mana yang mahu dipilih jika tiada ilmu mengurus kewangan hidup derita mengundang padah hutang keliling pinggang tidur tak lena sentiasa gelisah.
Sedarlah anak-anak muda hidup ini banyak pilihan rancanglah pendapatan dan perbelanjaan kerana menyimpan bukan soal duit tetapi soal masa depan yang mahu diselamatkan.
Aiza Selangor.
Bahan 3 (Lihat Bahan 3 pada gambar - ilustrasi seorang anak lelaki dan ibu di meja dengan tabung.) Gelembung kata 1 (anak): 'Ibu, tabung ini sudah penuh. Hari-hari saya menyimpan wang saku yang diberikan oleh ibu.' Gelembung kata 2 (ibu): 'Baguslah kalau begitu. Tak rugi kalau kita membudayakan amalan menyimpan wang. Jangan risau. Nanti kita buka akaun di bank pula.'
