卷子介绍访客模式 · 关闭浏览器分数消失

SPM 国文 · 2025 · Selangor · Percubaan Kertas 1 (Selangor)

2 · 做完交卷看评分与解析

已答 0/2
  1. 1

    Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab.

    Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

    E-mel 1 Daripada: sophia@xmail.com Kepada: fazira@xmail.com Subjek: Manfaat Amalan Membaca Salam hormat Fazira, Apa khabar awak di sana? Semoga awak sihat dan ceria selalu. Minta maaf kerana sudah lama saya tidak mengutuskan e-mel kepada awak. Belakangan ini, saya melihat awak selalu memuat naik informasi bahan bacaan dalam media sosial. Wah, rajin betul awak membaca ya! Sudah tentu banyak manfaat yang telah awak peroleh daripada amalan tersebut. Sudikah awak berkongsi tentang perkara itu dengan saya? Saya menantikan perkongsian awak tentang perkara tersebut melalui balasan e-mel.

    Sahabatmu, Sophia

    E-mel 2 Daripada: farid@xmail.com Kepada: manish@xmail.com Subjek: Aktiviti-aktiviti Memupuk Amalan Membaca Salam hormat Manish, Apa khabar sahabatku, Manish? Saya berdoa semoga awak sihat selalu. Maaf kerana sudah lama saya tidak mengutuskan e-mel kepada awak. Tahniah saya ucapkan kerana awak telah dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Pusat Sumber di sekolah. Saya difahamkan bahawa sekolah awak telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid. Saya berharap agar awak tidak keberatan untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Saya menantikan balasan e-mel daripada awak.

    Yang ikhlas, Farid

  2. 2

    Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

    Soalan 1 Usaha untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya penuh ranjau dan berliku-liku. Oleh sebab itu, pemartabatan bahasa Melayu memerlukan komitmen daripada pelbagai pihak yang merangkumi pihak berkuasa, media massa dan rakyat Malaysia sendiri. Tanpa kesungguhan pihak berkenaan, kejayaan memartabatkan bahasa Melayu tidak dapat dicapai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sumber: Dewan Masyarakat

    Berdasarkan petikan di atas, huraikan peranan pelbagai pihak tersebut untuk memartabatkan bahasa Melayu.

    Soalan 2 Makanan warisan merupakan satu produk budaya tempatan yang berperanan untuk memperkenalkan identiti masyarakat setempat. Terdapat pelbagai jenis makanan warisan di negara ini seperti ketupat beras, tapai ubi, kuih seri ayu, ambuyat, tose, wade dan kuih bulan. Namun begitu, sesetengah masyarakat tidak menyedari bahawa makanan warisan ini semakin dilupakan berikutan beberapa faktor. Sumber: www.purpledurian.my

    Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan usaha-usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

    Soalan 3 Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr. Kamariah Long berkata, pembangunan aktiviti pertanian membuka lembaran baharu kepada sektor agropelancongan. Agropelancongan ialah sektor pelancongan yang berteraskan aktiviti pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani (IAT). Sektor ini dapat menyediakan peluang pekerjaan di samping menambah pendapatan petani dan penduduk luar bandar. Aktiviti agropelancongan merangkumi lawatan ke dusun buah-buahan, ladang ternakan, pusat pertanian dan penyelidikan, dan inap desa. Sumber: hmetro.com.my

    Huraikan manfaat-manfaat yang terdapat dalam petikan di atas berserta manfaat lain sektor tersebut.

    Soalan 4 Nilai patriotisme sangat penting untuk melahirkan tindakan atau perilaku beretika demi Malaysia tercinta. Nilai patriotisme ini sangat diperlukan terutama ketika masyarakat mula meminggirkan nilai murni lantaran asakan nilai kebendaan yang begitu kuat. Sehubungan dengan itu, setiap warganegara yang patriotik perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai lambang identiti negara. Di samping itu, rakyat Malaysia juga disarankan untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan menunjukkan rasa bangga terhadap produk tempatan sebagai tanda sokongan kepada pembangunan negara. Sumber: Dewan Tamadun Islam

    Berdasarkan petikan di atas, huraikan ciri-ciri warganegara yang patriotik.